Saya memilih untuk membincangkan tentang cinta walau mungkin pengalaman saya terhad dan pemerhatian serta pengetahuan saya terbatas, maka mungkin sedikit sahaja yang dapat saya kongsikan. Namun semoga pada yang sedikit itu Tuhan campakkan keberkatan, menambahkan pengetahuan, meningkatkan kemampuan dan menetapkan kemahuan kita.
1. Kita mengetahui yang kita merindui seseorang apabila jantung kita berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar Hai daripada dia sudah cukup menenangkan hati yang bergelora…
(kita mungkin menaruh hati kepadanya, cuma kita tidak menyedarinya ataupun kita tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan)
(kita mungkin menaruh hati kepadanya, cuma kita tidak menyedarinya ataupun kita tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan)
2. Jangan jadi terlalu baik, kami akan merinduimu. Jangan terlalu mengambil berat, kami mungkin menyukaimu. Jangan jadi terlalu ’sweet’, kami mungkin jatuh hati kepadamu. Amat sukar untuk kami menyayangimu jika kau tidak mahu membalasnya.
(seseorang yang membuat kita jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi dia)
3.Jika seseorang hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kita, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kita.
(Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama kita, dia akan kembali)
4. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapanmu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kau pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatanmu itu.
(hargai orang yang menyayangimu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas)
5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika kita merasakan sesuatu itu akan membuatkan kita bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
(Masa tidak menunggu kita. Jika kita rasakan kita telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau kita akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan kita benar2 bahagia)
6. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu(don’t be too choosy!)
(kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja)
7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian kita. Dari kalangan yang kita pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari kita walau dimana sahaja kita berada.
(Bahagian 1: orang yang bersama kita ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 kita sayangi) (Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersamamu ketika ini tetapi masih menyayangi kau sepenuh hatinya, fikirkanlah)
8. Cinta itu membuatkan kita gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.
(Jika kita bertemu seseorang yang benar-benar menghargai kita, maka dia berhak mendapat kasih kita)
9. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
(kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang kita sayang/cintai, kita mestilah membuat dia mempercayai kita dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan kita. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap kita dan jangan ragu-ragu terhadap mereka)
10. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya kita kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
(Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk kita mencubanya terlebih dahulu; kerana jika kita berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika kita tidak mahu/berani mencubanya, kita mungkin akan kehilangan orang yang kita sayang/cintai selamanya)
11. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
(Bukalah pintu hati kita, benarkan orang yang kita sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati)
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila kita bercinta. Ia bukan passport untuk kita difahami; tetapi untuk kita memahami. Ia bukan passport untuk kita mengambil itu dan ini; tetapi untuk kita diambil. Ia adalah untuk kita mendengar; bukan supaya kita didengar. Ia adalah untuk kita berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk kita meminta itu dan ini. Ia bukan untuk kita berkira-kira atau menguku, tetapi untuk kita mencintai
All right reserved.
Bryan.



